WeLCoMe To My BLoG

Wednesday 25 January 2012

Melihat Semula Kesan Tinggalan Perang Vietnam

assalamualaikum semua...
kali ni nak sambung cerita cuti-cuti hujung tahun lepas yang ke vietnam tu.hehe
time dekat vietnam tu tourist guide bawak kami pegi ke Cu chi. tempat berlakunya perang antara Amerika dan Vietnam dulu tu..disebabkan dah lama jugak la cerita ni , so, tak ingat bila perang tu berlaku hehe..(betul-betul tak menghayati haishhh, apa la!)
ok, berbalik pada cerita tu..kami dibawa menaiki bas pelancongan yang disediakan ke Cu Chi ni..
Menurut En. Nam, tempat yang bakal kami lawati ni adalah merupakan kesan-kesan tinggalan perang dulu.
Kesusahan orang-orang menentang tentera Amerika ni dapat dibuktikan melalui kesan tinggalan sejarah yang terdapat di Cu Chi ni.
Perjalanan nak ke Cu Chi ni jauh la juga..lebih kurang 60km la dari kota Ho Chi Minh..sepanjang perjalanan tu kita akan nampak sawah padi..diorang still guna cara yang lama untuk tanam padi tau..

Jalan punya jalan,,akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang dituju... hehe
sebelum masuk ke kawasan perang tu, kami diberi pelekat sebagai tiket masuk dengan harga bayaran dalam USD4 @ 80,000 Dong seorang..

haaa.. ni la stiker  or pas masuk tu..hehe

lepas dah dapatkan stiker tu, kami dibawa menuju ke sebuah dewan diperbuat daripada kayu dan daun-daun hutan sebagai atap.
Di dalam dewan tersebut ada sebuah televisyen dan juga peta kawasan Cu Chi. setiap pengunjung yang ke situ akan dipersembahkan dengan dokumentari berkenaan peperangan di Cu Chi dan bagaimana tentera Vietnam menjalani kehidupan ketika itu.
so, kita tau la kan serba sedikit sejarah perang berlaku dan macammana orang dulu menjalani hidup ketika perang.



selepas dengar segala penjelasan daripada En Nam yang hewnsem tu haaha..kami dibawak bersiar2 sekitar kawasan la pulak.. jom kita layan gambar-gambar ni...
Ni pakcik kepada kak iparku..dia cakap kalau dah sampai,,xcuba masuk sayang lah..hee

Ini adalah salah satu lubang untuk kita masuk ke dalam terowong yang kecil lagi sempit tu . kiranya zaman dulu ni, orang2 vietnam ni duduk dalam gua ni untuk pertahankan diri dari tentera Amerika. so, diorang tinggal dalam ni la. bayangkan nak masuk dalam gua ni kena jalan macam itik tau..kalau bgun sikit memang terhantuk lah. confirm!!..Orang yang badannya agak besar xdapat masuk dalam lubang ni.nanti payah....hehehe


Cuba korang tengok lubang tu, Pakcik Kak Ipar ada di dalam.. yang En.Nam pegang tu pulak adalah penutup lubang tu.
bila lubang dah tutup..Penjajah pun xperasan kan ada nya lubang..n ada makhluk pulah dalam tanah tu hehe

Ini salah satu perangkap ok!!

ni adalah kawasan di mana tentera gerila membina perangkap samar pula. Kesemua perangkap dibina dan direka sendiri oleh gerila Viet Cong seperti perangkap di sebalik pintu masuk, perangkap jerlus digali dan dicucuk buluh-buluh tajam serta perangkap bom periuk api..kalau tgh secara live ni..memang xnampak macam ada perangkap pun tau..
macam sedang berjungle tracking dh group ni tau...hehe
macam ni la keadaannya,,sape sangka tanah yang kami pijak tu bawahnya ada terowong kecil tempat
askar vietnam tinggal kan..

wif my boyfriend..wuahaha

ni adalah patung yang sedang membuat senjata , bom tangan dan bla..bla..bla..
Time ambik gambar ni punya lah excited..yela..kami nampak seuniform pulak baju disitu..haha
lepas je amik gambar ni, patung tu bergerak tau..dia menunjukkan aksi iaitu cara-cara mereka membuat senjata zaman perang dulu..tewrkejut jugak,tiba2 dia bergerak..haishh
Pejabat Pos Besar

Tempat ni merupakan salah satu destinasi pelancongan la..lagi satu,pengantin pun banyak tau ber photoshoot kat sini..nice!!

Tadi akak,sekarang giliran aku pulak bergambar hehehe

Di dalam Pejabat Pos tu..Cantik sangat!!

Topi vietnam
 Topi yang menjadi kebanggaan dan kegunaan harian orang vietnam. topi ni aku beli dalam USD 1 je lah huhu
Gadis -gadis vietnam tengah menghiburkan kami =)

Diorang tengah nyanyi sebenarnya tu..lawak pulak bila pikir balik kejadian yang berlaku time ni..haha
ada sorang peserta rombongan ni diajak tangkap gambar oleh gadis2 ni.apa lagi tangkap je la kan gambar. tengok2 gadis2 ni tunjuk bakul dekat dia.mintak upah la..sebab tangkap gambar dengan diorang kan..terkejut dia .haha.Time tu kami paham satu benda di situ..moralnya..kalau nak tangkap gambar, jangan sembarangan ,nanti diminta upahnya..hehe

lagi satu, time gadis-gadis ni menyanyi kat depat macam dalam gambar tu, rombongan kami ni tersangatlah terhibur dengan persembahan tu. sampai satu part tu,gadis-gadis ni nyanyi lagu "rasa sanyang heii" versi vietnam.. rombongan kami yang kebanyakannya adalah cikgu telah menenggelamkan suara gadis-gadis ni haha.sebab ape? sebab cikgu2 ni pulak yang ambik alih menyanyi lagu rasa sayang heii versi melayuuu..suara gadis2 vietnam memang tenggelam dah..suara rombongan kami je yang lebih menyanyi haha

wayar elektrik!

agak terpegun,,terkejut ..hehe sebab wayar kat sana dibiar macam tu je,,tak diperkemaskan betul-betul..takut je tengok.tak macam malaysia kan..
so, I love My Country hehe

Saturday 26 November 2011

visit vietnam

salam semua..entry kali ni berkisah tentang jalan-jalan di vietnam..
ni malam first..sampai pun petang tadi..
sampai2 tadi memang agak kagum + terkejut + +++ lah...
culture kat sini memang lain..
tadi pemandu pelancong  iaitu Encik Nam,,,ada la cerita serba sedikit tentang vietnam ni..penduduk dia teramatlah banyak..tapi yang muslim maybe dalam 60ribu gitu kot..orảng Islam kat sini sikit ja dia cakap..

sampai vietnam tadi dalam pukul 5..dekat sini lambat 1jam..lepas tu naik bas ke HOTEL BLUE DIAMOND..
hotel ni tersangat best..sesuai dengan nâma dia yang diamond tu..bilik pun ok jugak..sâtu bilik dua orang..yela ok la tu ,,ikut travel agency kan..kemudahan dia memang banyak..hotel ni jugak dekat dengan pasar malam..dekat situ banyak jualan..so, boleh la nak beli sourvenier ke kan..tapi agak pening sikit dalam bab mengira matawang..haha
sini matawang dong, dolar diterima...bẩyar je..
hehe...
lepas check in hotel tadi, kami pegi dinner..
uoww..dekat restoren halal..
sini pâyah nak jumpa restoren halal..so, hati2 ok..
oklah..esok kalau sempat update lagi..mau tidoq

Wednesday 22 June 2011

AdaB MemBaCa Al-QuraN




Adab membaca al-Quran

WAJIB bagi kita menghalalkan apa yang dihalalkan al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkannya. Diwajibkan pula beradab dengannya dan berakhlak terhadapnya.
Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya.

Membacanya dalam keadaan sempurna, suci daripada najis dan dengan duduk yang sopan dan tenang. Dianjurkan agar pembaca berada dalam keadaan suci.
Imam Haromain berkata: "Orang yang membaca al-Quran dalam keadaan najis, dia tidak dikatakan mengerjakan hal yang makruh akan tetapi dia meninggalkan sesuatu utama".

- Membacanya dengan perlahan (tartil) dan tidak cepat agar dapat menghayati ayat yang dibaca.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Siapa saja yang membaca al-Quran (khatam) kurang dari tiga hari, bererti dia tidak memahami.” (Hadis Riwayat: Ahmad dan penyusun Kitab Sunan)

Sebahagian kelompok daripada generasi pertama membenci pengkhataman al-Quran sehari semalam berdasarkan hadis di atas. Rasulullah memerintahkan Abdullah Ibnu Umar untuk mengkhatamkan al-Quran setiap satu minggu (tujuh hari) (Muttafaq Alaih). Ini dilakukan Abdullah bin Mas’ud, Uthman bin Affan, Zaid bin Tsabit. Mereka mengkhatamkan al-Quran sekali dalam seminggu.

- Membaca al-Quran secara khusyuk dengan menangis kerana sentuhan pengaruh ayat yang dibaca yang menyentuh jiwa dan perasaan.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang engkau baca.” (Hadis Riwayat: Al-Bazzar)

Allah s.w.t juga menjelaskan sebahagian daripada sifat hamba-Nya yang soleh dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.” (Surah Al-Isra’: Ayat 109)

- Membaguskan suara membacanya, sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Hiasilah al-Quran dengan suaramu.” (Hadis Riwayat: Ahmad, Ibnu Majah & Al-Hakim). Dalam hadis lain dijelaskan: “Tidak termasuk umatku orang yang tidak melagukan al-Quran.” (Hadis Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim) 
Maksud hadis di atas ialah membaca al-Quran dengan susunan bacaan yang jelas dan terang makhroj hurufnya, panjang pendeknya bacaan, tidak sampai keluar daripada ketentuan kaedah Tajwid.

- Membaca al-Quran dimulai dengan isti’adzah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bila kamu akan membaca al-Quran, maka mintalah perlindungan kepada Allah daripada (godaan-godaan) syaitan yang terkutuk.” (Surah An-Nahl: Ayat 98)
 

- Apabila ayat yang dibaca dimulai dari awal surah, selepas isti’adzah terus membaca Basmalah dan apabila tidak di awal surah cukup membaca isti’adzah. Khusus untuk surat At-Taubah, walaupun dibaca mulai awal surat tidak perlu membaca Basmalah. Cukup dengan membaca isti’adzah saja.

- Membaca al-Quran dengan berusaha mengetahui ertinya dan memahami inti daripada ayat yang dibaca dengan beberapa kandungan ilmu yang ada di dalamnya. Firman Allah bermaksud: “Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran, ataukah hati mereka terkunci?” (Surah Muhammad: Ayat 24)

- Membaca al-Quran dengan tidak mengganggu orang sedang solat, dan tidak perlu membacanya dengan suara yang terlalu keras atau di tempat yang banyak orang. Bacalah dengan suara atau dalam hati secara khusyuk. Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang yang terang-terangan (di tempat orang banyak) membaca al-Quran, sama dengan orang yang terang-terangan dalam sedekah.” (Hadis Riwayat Tirmidzi, Nasa’i, dan Ahmad)

Dalam hadis lain dijelaskan: “Ingatlah bahawa setiap hari dari kamu munajat kepada Rabbnya, maka janganlah salah satu daripada kamu mengganggu yang lain, dan salah satu daripada kamu tidak boleh mengangkat suara atas yang lain di dalam membaca (al-Qur'an).” (Hadis Riwayat: Abu Dawud, Nasa'i, Baihaqi dan Hakim)

Jangan jadikan ibadah yang kita lakukan sia-sia kerana kita tidak mengendahkan sunnah Rasulullah dalam melaksanakan ibadah membaca al-Quran.

Misalnya, membaca dengan suara keras pada larut malam, yang akhirnya mengganggu orang yang istirahat dan solat malam.

- Dengarlah bacaan al-Quran. Jika ada yang membaca al-Quran, maka dengarlah bacaannya itu dengan tenang. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tatkala dibacakan al-Quran, maka dengarlah dan diamlah, semoga kamu diberi rahmat.” (Surah Al-A’raaf: Ayat 204)

- Membaca dengan saling bergantian. Membaca al-Quran, boleh dilakukan secara bergantian dan yang mendengarnya haruslah dengan khusyuk dan tenang. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah berkumpul suatu kaum di dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan saling mempelajarinya kecuali akan turun atas mereka ketenangan dan mereka diliputi oleh rahmat (Allah), malaikat menyertai mereka, dan Allah membanggakan mereka di kalangan (malaikat) yang ada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat: Abu Dawud)

- Melakukan sujud Tilawah (sujud Sajdah) pada saat selesai membaca ayat Sajdah, pada bila-bila masa saja, baik siang ataupun malam, jika pembacanya belum batal daripada wuduk. Tatacara pelaksanaannya dimulai daripada takbir, lalu sujud, kemudian membaca “Subhaana Rabbiyal A’laa”' (Maha Suci Rabb-ku Yang Maha Tinggi), lalu dilanjutkan dengan doa sujud Tilawah. Selepas itu bangkit daripada sujud tanpa takbir dan salam, kerana tidak ada riwayat daripada Nabi s.a.w mengenai hal itu, kecuali jika sujud Tilawah itu dilakukan di tengah-tengah pelaksanaan solat, maka ia bertakbir ketika sujud dan bangkit daripada sujud.

- Berdoa selepas membaca al-Quran. Dalam sebuah riwayat dijelaskan, bahawa sahabat apabila khatam membaca al-Quran, mereka berkumpul untuk berdoa dan mengucapkan: “Semoga rahmat turun atas selesainya membaca al-Quran.” 

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a dijelaskan bahawa apabila dia sudah khatam membaca Al-Quran, dia mengumpulkan keluarganya dan berdoa. (Hadis Riwayat: Abu Dawud)

Setiap orang Islam wajib mengatur hidupnya sesuai dengan tuntutan al-Quran. Ia harus dipelihara kesucian dan kemuliaannya, serta dipelajari dan difahami ayat-ayatnya.

Pelaksanaan ini adalah sebagai tanda kita beriman kepada al-Quran.

Tuesday 21 June 2011

AktiViTi memBuaT BBM

hari ni buat bbm untuk murid baru nak belajar baca.sapa tak pandai baca lagi boleh la tengiok bbm ni haha..2 jam buat tak siap..tapi ada jugak la yang dh siap...

nyamuk, kambing, burung, ayam, kuda,,,and satu lagi ...cengkerik...hehe...
cantik kan..perasan ok..


WaNiTa SoLehaH


Dimana letaknya kecantikan hakiki seorang wanita..?
pada pakiannya..? rupanya...?
atau bentuk badannya...?
di sini ada nukilan buat anda...
dalam mencari erti kata kecantikan yg sebenar...

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia



Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian



Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi igauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana